DOA RINGKAS SELEPAS SEMBAHYANG
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala
puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera
semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang
semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian
sahabat-sahabatnya.
Ya
Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam
iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.
Ya
Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan
dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu
bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.
Ya
Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah
kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.
Ya
Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami
sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat
kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Wahai
Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di
akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.
Semoga
Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi
Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan
segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
note:
Semoga ALLAH memberkati ilmu yang dipanjangkan. Dan jutaan terima kasih
kepada mereka-mereka yang telah mengusahakan(menyalin kedalam bentuk
digital) wirid dan doa ini. Sedang aku ini hanyalah salah seorang
pemanjangnya sahaja.
Post Asal di SINI
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 254 yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tiba hari (Kiamat) yang tidak ada jual beli padanya, dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfa'at), serta tidak ada pula pertolongan syafa'at. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim.
SEBARKAN KLIK SHARE!!!

0 comments: