Thursday, September 20, 2012

Hadis Akhir Zaman : Siri 1


Assalamualaikum w.b.t, terdapat banyak hadis baginda Rasulullah SAW yang menyebut dan menceritakan tentang tanda-tanda akhir zaman. Di sini akan di beberapa siri akan datang di kongsikan beberapa hadis baginda Rasulullah SAW tentang perihal akhir zaman dan dicatatkan catatan sejarah yang berkaitan dengan hadis tersebut.

SIRI 1

“Kelak akan datang di akhir zaman segolongan manusia, di mana wajah-wajah mereka adalah wajah manusia, namun hati mereka adalah hati syaitan; seperti serigala-serigala buas, tidak sedikit pun di hati mereka rasa belas kasihan. Mereka gemar menumpahkan darah dan tidak berhenti dari (melakukan) kekejian. Apabila kamu mengikuti mereka, maka mereka akan memperdaya kamu. Akan tetapi, apabila kamu menghindari mereka, maka mereka akan mencela kamu. Apabila berbicara dengan mereka, mereka akan membohongi kamu. Dan apabila kamu memeberinya kepercayaan, mereka akan mengkhianatinya. Anak kecil mereka jahil, pemuda mereka licik. Sementara yang tua tidak memnyuruh berbuat baik dan melarang yang yang mungkar. Mereka itu sentiasa membangga diri dalam kehinaan. Dan meminta apa yang ada pada mereka bererti kesusahan. Orang yang santun di tengah mereka adalah sesat, dan orang yang menyuruh kepada perbauatan ma’ruf malah menjadi tertuduh. Orang beriman di kalangan mereka adalah lemah, sedangkan orang fasiq menjadi mulia. Sunnah di tengah mereka adalah bida’ah, sedangkan bida’ah itu sendiri adalah sunnah. Maka ketika itu mereka dikuasai oleh orang-orang paling jahat di antara mereka. Sedangkan orang pilihan apabila ia menyeru, pasti tidak akan dihiraukan.”
(Hadith Riwayat Thabrani- Kitab Al-Mu’jam Al-Kabir)

Menentang kaum memakai kasut dari bulu;-
Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak akan tiba hari kiamat, sehingga kamu sekelian (Umat Islam) memerangi suatu kaum yang kasutnya dibuat dari bulu. Dan tidak akan tiba hari kiamat sehingga kamu memerangi kaum yang wajahnya bagaikan perisai yang diratakan.(Muttafaq Alaih)

(Fakta Sejarah:- 1916 Orang Arab Memerangi Orang Turki).

Bencana Yang Menimpa Umat Manusia Di Akhir Zaman;-
Abdullah ibn Umar berkata, Rasulullah s.a.w. telah menghampiri kami lalu bersabda: "Wahai
Muhajirin, kamu akan ditimpa 5 bencana; semoga Allah tidak mengizinkan kamu hidup untuk menyaksikannya: (1) Apabila zina berleluasa, ketahuilah bahawa ia tidak berlaku tanpa ditimpa penyakit-penyakit baru yang tidak pernah diketahui/dialami oleh manusia sebelumnya. (2) Apabila manusia menipu dalam timbangan, ia tidak berlaku tanpa ditimpa kemarau dan kebuluran ke atas orang ramai serta ditindas oleh pemerintah mereka. (3) Apabila manusia tidak memberi zakat, ketahuilah bahawa hujan akan tertahan ke atas mereka. (4) Apabila manusia memutuskan perjanjian mereka dengan Allah dan RasulNya, ketahuilah bahawa Allah akan menghantar musuh kepada mereka untuk merampas kepunyaan mereka. (5) Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan
mereka berbalahan sesama mereka."
(Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

Fakta Sejarah;-

1919-1923: Keruntuhan Empayar Uthmaniah;
1932: Arab Saudi menjadi sebuah kerajaan tunggal, Iraq, Syria, Jordan terpecah daripada negara Arab Saudi;
1948 May Negara Israel dibentuk;
1948-1949: Perang Pertama Arab-Israel;
1962-1970: Perang Yaman; Bahrain, Qatar dan Kesatuan Emeriah Arab Bersatu terkeluar daripada Arab Saudi
1974: Perang Arab-Israel ke-4.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes