Thursday, September 20, 2012

Anas bin Nadhr: Syahid Perang Uhud


Anas bin Nadhr r.a adalah seorang sahabat yang tidak dapat menyertai perang badar. Beliau sedih tentang perkara itu dan mengutuk dirinya dengan berkata, " Badar ialah peperangan yang pertama dan agung dalam Islam sedangkan engkau tidak dapat menyertai peperangan itu."

Beliau bercita-cita sekiranya ada peperangan lain maka beliau akan tunaikan tuntutan semangatnya. Secara kebetulan peperangan Uhud pun tiba maka beliau telah menyertai peperangan itu dengah penuh kepahlawanan dan keberanian. Dalam peperangan Uhud, Umat Islam telah menang pada permulaannya. Akan tetapi, akibat satu kesilapan, orang Islam akhirnya kalah.

Kesilapan tersebut berlaku begini. Rasulullah SAW telah menetapkan beberapa orang di atas bukit tertentu dengan bersabda. " Selagi tidak saya bagi arahan, Kamu jangan tinggalkan bukit ini kerana musuh mungkin akan menyerang dari tempat itu."

Tentera Islam dalam perang Uhud telah menang pada mulanya. Kemudian apabila Tentera-Tentera yang berkawal di atas bukit melihatkan orang kafir mula melarikan diri, Maka kebanyakkan mereka telah turun dari atas bukit kerana menyangka perang sudah tamat. Oleh sebab itu, mereka berlari mengejar orang kafir untuk mendapatkan harta rampasan. Ketua pasukan yang berkawal di situ telah mengingatkan mereka dengan berkata, " Ini larangan Rasulullah SAW, kamu jangan tinggalkan tempat ini ".

Walau bagaimanapun mereka menyangka bahawa perintah Rasulullah SAW itu hanya tertakluk kepada perintah semasa pertempuran sahaja. Oleh itu, mereka turun ke bawah bukit ke medan. Semasa orang kafir melarikan diri, mereka melihat bukit itu telah di biarkan kosong lalu mereka pun datang dari arah tersebut untuk membuat serangan. Pada ketika itu orang Islam telah berada dalam keadaan leka.

Tanpa disedari orang kafir telah melancarkan serangan " Counter Attack " dan ini menyebabkan orang Islam rasa tertekan.Tambahan pula, serangan puak kafir pada masa itu datang dari kedua-dua arah, Tentera Islam terkepong di tengah-tengah.

Anas bin Nadhr telah ternampak seorang sahabat Sa'ad bin Ma'az r.a datang dari arah hadapan.. Beliau berkata, " Wahai Sa'ad, ke mana engkau hendak pergi? Demi Allah, keharuman syurga sedang datang dari arah bukit Uhud",

Setelah berkata demikian, mereka menyerbu orang kafir dengan pedang masih terhunus di tangan. Selagi tidak syahid selagi itu beliau tidak pulang. Setelah gugur syahid didapati badannya telah cedera parah. Terdapat lebih dari lapan puluh liang luka pada badannya akibat terkena pedang dan anak panah. Saudara perempuan beliau sahaja yang dapat mengecam beliau.

Keterangan:

Orang yang terlibat dengan kerja-kerja Allah ( Kerja Agama) dengan ikhlas dan keinginan yang sejati akan dapat merasai kelazatan syurga dalam dunia ini lagi. Anas telah mencium bau syurga semasa hidup di dunia lagi. Sekiranya kita menjadi orang yang ikhlas, InsyaAllah kita akan mengecapi kenikmatan semasa hidup di dunia lagi. Wallahu a'lam.

Sumber : Fadhilat Amal ( Maulana Muhammad Zakariya Al-Kandahlawi)

Panjangkan artikel ini kepada sahabat-sahabat anda, semoga dapat memberi kesedaran kepada yang leka dan lalai. Kerana semua manusia di atas muka bumi ini sentiasa dalam keadaan rugi, 24 jam sehari, 365 hari setahun sentiasa dalam keadaan rugi, kecuali kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka berpesan-pesan pada perkara yang benar dan berpesan-pesan dengan sabar. ( Surah Al-Asr Ayat 1-3). Wallahu a'lam.

Klik Share.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes