Thursday, September 20, 2012

Hadis Akhir Zaman : Siri 2


Assalamualaikum w.b.t, terdapat banyak hadis baginda Rasulullah SAW yang menyebut dan menceritakan tentang tanda-tanda akhir zaman. Di sini akan di beberapa siri akan datang di kongsikan beberapa hadis baginda Rasulullah SAW tentang perihal akhir zaman dan dicatatkan catatan sejarah yang berkaitan dengan hadis tersebut.

SIRI 2

Tentera al-Harith ibn Harran;-

Ali r.a berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Dari negeri di balik sungai (Wara-un-Nahr) akan keluar seorang lelaki bernama al-Harith ibn Harran bersama tenteranya yang dipimpin oleh seorang bernama Mansur. Beliau akan membuka watan (atau kediaman) bagi keluarga Muhammad sebagaimana kaum Quraish mendirikan watan bagi Rasulullah s.a.w. Setiap orang Mukmin wajib membantunya atau menyahut seruannya."


[ Riwayat Abu daud, Kitab al-Mahdi].

(Fakta Sejarah;- 1969: Yasser Arafat menjadi ketua 'Palestinian Liberation Organization' dan di tahun yang sama terbentuklah perajurit-perajurit tentera menentang keganasan).
 

Abdullah ibn Harith ibn Juz'; al-Zubaidi berkata, bahawa Nabi s.a.w bersabda: Akan keluar manusia dari arah Timur yang akan membuka jalan (membantu al-Mahdi)."

[ Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 3088) ].
Abdullah r.a. berkata, "Ketika kami bersama Baginda s.a.w, beberapa pemuda dari Banu Hashim datang kepada kami. Apabila Baginda melihat mereka, mengalir air mata Baginda dan berubah wajahnya. Melihat demikian kami amat terharu."

Baginda bersabda;" Kami adalah keluarga yang Allah pilih akhirat daripada dunia. Ahlul bait akan diuji selepas kewafatanku dan akan dianiaya sehingga datang pembawa panji-panji hitam dari timur, yang menyeru manusia membuat kebaikan tetapi ditentang. Mereka akan diperangi dan mencapai kemenangan sehingga manusia tunduk tetapi mereka enggan menerima pemerintahan lalu mereka menyerahkan kuasa kepada seorang dari ahli baitku. Kemudian bumi akan dipenuhi keadilan sebagaimana ia dipenuhi kezaliman sebelumnya. Jika ada di antara kamu yang hidup untuk menyaksikan peristiwa ini, hendaklah kamu pergi kepadanya walaupun terpaksa merangkak di atas salji."

[ Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4082)].

Ummu Salamah r.a melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Manusia akan berbalah setelah kewafatan seorang Khalifah. Seorang lelaki dari Madinah akan melarikan dirinya ke Mekah. Beberapa orang Mekah akan memaksa beliau agar menerima bai';ah (taat setia) mereka kepada beliau di antara Rukn dan al-Maqam.

Satu pasukan tentera dari Sham akan dihantar menentang beliau dan mereka akan ditelan bumi di Baida'; (padang pasir di antara Mekah dan Madinah). Apabila diketahui manusia, mereka datang berbondong dari Sham dan Iraq untuk membai';ah beliau. Kemudian muncul pula seorang dari Kaum Quraish yang ibunya dari suku Kalb, menentang beliau dan akan ditewaskan; peperangan tersebut dinamakan Perang Kalb. Mereka yang tidak menyaksikan ghanimah peperangan itu adalah malang. Al-Mahdi akan membahagi-bahagikannya dan memerintah mengikut Sunnah Baginda s.a.w. Kemudian beliau wafat dan Kaum Muslimin akan menyembahyangkan beliau.";-

[ Riwayat Abu Daud, Kitab Al-Mahdi].

(Fakta Sejarah;- 1975 Terbunuhnya Raja Faisal, Raja Arab Saudi; Bermulanya Perang Lubnan).

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes