Friday, September 21, 2012

Hadis Akhir Zaman : Siri 3



Assalamualaikum w.b.t, terdapat banyak hadis baginda Rasulullah SAW yang menyebut dan menceritakan tentang tanda-tanda akhir zaman. Di sini akan di beberapa siri akan datang di kongsikan beberapa hadis baginda Rasulullah SAW tentang perihal akhir zaman dan dicatatkan catatan sejarah yang berkaitan dengan hadis tersebut.


SIRI 3


Thauban r.a berkata, Nabi s.a.w bersabda: "Akan berbunuhan tiga 3 orang, merebut khazanah kamu (khazanah di Ka';bah). Mereka semua adalah anak khalifah dan tidak seorang pun yang berjaya menguasai khazanah itu. Kemudian akan keluar panji-panji hitam dari timur dan akan membunuh mereka." Baginda kemudian bersabda sesuatu yang daku tidak ingat, dan "Jika kamu menemui beliau, pergi dan berbai';ah kepadanya walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji kerana beliau adalah Al-Mahdi, Khalifah Allah."

[ Riwayat Ibn Majah,Kitab al-Fitan (Hadith 4084)].

Bahaya 30 Para Dajjal Sang Pendusta
 
Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak akan terjadi Hari Kiamat sebelum dimunculkan para dajjal sang pendusta, yang jumlahnya hampir mendekati tiga puluhan 30an, di mana masing-masing mengaku; bahawa dirinya adalah Rasul Allah."

(Riwayat Muslim).

Bahaya Para Dajjal Membawa Ajaran Yang Belum Pernah Didengar

Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersabda, : "Akan keluar dajjal dan khazzab di kalangan umatku. Mereka akan berkata sesuatu yang baru di mana kamu dan bapa-bapa kamu belum pernah mendengarnya. Awasilah mereka dan jagalah diri kamu daripada disesatkan oleh mereka."

[Musnad Ahmad, 20/349].

Bahaya Golongan Pendusta Di Bidang Hadith

Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kelak akan ada di antara generasi akhir dari umatku orang-orang yang meriwayatkan kepada kamu hadis yang belum pernah -;juga bapa-bapa kamu - mendengarnya. Untuk itu, hindarilah mereka."

(Riwayat Muslim).

Kesilapan Manusia Di Zaman Kekeliruan


Anas ibn Malik berkata, "Nabi s.a.w. bersabda: "Zaman Dajjal adalah zaman kekeliruan. Manusia akan percaya pendusta dan tidak percaya orang yang berkata benar. Manusia tidak percaya orang yang amanah dan mempercayai orang yang khianat. Dan Ruwaibidhah akan diberi perhatian." Sahabat bertanya "Siapakah Ruwaibidhah itu?"

Sabda Baginda, "Orang-orang yang menentang Allah yang diberi penghargaan untuk berucap kepada masyarakat."


[Musnad Ahmad, 3/220].

Bahaya Tujuh Puluh 70 Penyeru Neraka Jahannam

Ibn Umar r.a. berkata,"Daku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, :"Di kalangan umat ku akan ada 70 Penyeru, yang mengajak manusia kepada neraka jahannam. Daku boleh beritahu nama mereka dan kaum mereka jika daku mahu."

Bahaya Munculnya Golongan Yang Engkar Pada As-sunnah

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang suatu kaum yang mematikan (menolak untuk menggunakan dasar) as-sunnah dan menyangkal tentang agama. Maka atas merekalah laknat Allah, laknat orang-orang yang melaknat, laknat Malaikat serta laknat semua manusia.

(Riwayat Ad Dailami).

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes