Friday, November 30, 2012

KELEBIHAN HARI JUMAAT

Alhamdulillah, Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaan dan kasih sayang Nya kita masih hidup dan menghirup udara segar hari Jumaat yang kesekian kalinya. Hari Jumaat adalah hari yang dijadikan sebagai istimewa untuk umat Muhammad SAW seperti dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a yang bermaksud: "Nabi SAW bersabda: " Kita (Umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia), tetapi yang terdahulu di adili dan masuk ke syurga pada hari kiamat. Sedangkan mereka yang diberi kitab lebih dahulu daripada kita, kita pula diberi kitab sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka...

Thursday, November 29, 2012

KISAH ABU HURAIRAH DAN SYAITAN

Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah SAW untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Seperti di ketahui pada zaman tersebut, zakat dibayar dalam bentuk makanan,bijirin dan sebagainya. Pada satu malam muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Abu Hurairah sedar akan hal itu dan mengejar pencuri tersebut dan berjaya menangkapnya. “Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah SAW,” gertak Abu Hurairah. Pencuri itu sangat takut mendengarkan ancaman Abu Hurairah, dan dia merayu : “Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya ramai dan saya sangat memerlukan makanan.” Kasihan melihat pencuri itu, Maka Abu Hurairah...

Wednesday, November 28, 2012

SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH DAN KERUNTUHAN EMPAYAR BYZANTIN.

Pada satu masa ketika Rasulullah bersama sahabatnya sedang mengali parit khandaq, Rasulullah SAW bersabda,“Constantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)Tentera Islam dalam beberapa misi ketenteraan telah cuba menakluk Kota Constantinople antaranya 5 misi ketenteraan semasa Zaman Kerajaan Umayyah, 1 semasa Pemerintahan Abbasiyah dan 2 misi semasa Zaman Uthmaniah, Di dalam salah sebuah misi menakluki kota Constantinople semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary R.A. telah syahid dan dimakamkan...

PERKAHWINAN TAHUN INI

Allah S.W.T mencipta makhluk-makhluknya dengan fitrah suka kepada sakinah (Ketenangan) dengan kehidupan berpasangan (beristeri / bersuami) dan berkeluarga. Secara fundamental, hidup berkeluarga ini lebih berkat,tenteram dan teratur berbanding hidup seperti apa yang dikatakan oleh anak muda sekarang sebagai ‘single’ yakni berseorangan ataupun bersendirian.  Firman Allah S.W.T dalam Surah Ar-Rum ayat 21 yang bermaksud:  Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra...

Tuesday, November 27, 2012

22 AMALAN YANG MENJERNIHKAN HATI

1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya. 4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa...

Sunday, November 25, 2012

MITOS ISRAEL

Israel adalah sebuah entiti 'haram' yang mengamalkan ideologi pengembangan atau penjajahan (expansionist). Ia tidak pernah mengisytiharkan sempadan daerahnya dan berkeras untuk tidak melakukannya. Oleh yang demikian, penduduk Palestinlah yang akan menjadi mangsa kerana tidak ada seincipun tanah milik mereka yang selamat daripada diambil alih oleh Israel. Untuk menyembunyikan kesalahan dan jenayah yang dilakukan, mereka mencipta banyak 'fakta' palsu, mengubah fakta sejarah tertubuhnya negara Israel dan 'fakta-fakta' ini disebarluaskan di dalam buku-buku teks sekolah dan pelbagai saluran lain. Banyak mitos telah timbul akibat usaha ini...

Saturday, November 24, 2012

BANI ISRAEL,YAHUDI DAN ZIONIS.

Sudah lebih seminggu Gaza dibedil oleh Tentera Pengecut Israel dengan alasan mempertahankan diri. Dan banyak pula respons samaada di Facebook, Twitter dan sebagainya antaranya mengutuk tindakan Tentera Israel Laknatullah menyerang orang awam dan kanak-kanak. Namun di sebalik kutukan dan boikot yang dijalankan masih ada yang kurang faham, apa bezanya antara Bani Israel,Yahudi dan Zionis. Mari kita mulakan dengan Bani Israel. Bani Israel berasal dari keturunan Nabi Yaakub, Nabi Yaakub juga dikenali dengan nama Israel. Nabi Yaakub dikurniakan oleh Allah SWT dengan 12 anak, termasuklah Nabi Yusuf, Yahuza dan Bunyamin. 12 anak Nabi Yaakub...

Monday, November 12, 2012

BUKTI CINTA SEJATI

Imam Al-Ghazali menulis dalam kitabnya Mukashafah al-Qulub, Barangsiapa mengaku 4 hal tanpa bukti 4 hal, pengakuannya adalah dusta. 1. Barangsiapa mengaku cinta syurga, namun tidak taat, jelas dia bohong. 2. Siapa mengaku cinta Nabi SAW, namun tidak menyukai ulama dan fuqara maka pengakuannya tidak benar. 3. Barangsiapa mengaku takut akan neraka, tetapi tidak meninggalkan maksiat, tanda dia dusta. 4. Barangsiapa mengaku cinta kepada Allah SWT, padahal dia mengeluh apabila di timpa bala, maka pengakuannya adalah bohong. ...
Page 1 of 2212345Next

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes