Diriwayatkan
bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para
sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan
menangis.
Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"
Maka
berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal
dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak
memandikannya."
Lalu
Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang
muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu
Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar
rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada
Rasulullah S.A.W,
"Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."
Kemudian
Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan
baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar
kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat
menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila
mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah
menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun
bertanya kepada pemuda itu,
"Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"
Berkata orang muda itu,
"Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat."
Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda,
"Wahai
para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di
hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan
yang hitam."
0 comments: