Thursday, August 30, 2012

Sunnah Sebelum Tidur

Admin jalan-jalan di facebook dan terjumpa sahabat-sahabat yang share sunnah sebelum tidur ni, Semoga dapat diamalkan dan mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Tuesday, August 28, 2012

Mayat Bertukar Menjadi Babi Hitam

Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.

Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, 

"Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, 

"Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu, 

"Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat."

Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, 

"Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Jenayah Paling Berat Sepanjang Zaman

Allah Azza Wa Jalla berfirman dalam Surah Al-Mudatsir ayat 42 hingga 45 yang bermaksud:

(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?",Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang;"Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin;"Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya.

(Surah Al-Mudatsir Ayat 42-45)

Imam Ahmad mengeluarkan, "Jarak antara seorang lelaki dengan kekufuran adalah meninggalkan Solat." Telah meriwayatkan Imam Muslim, " Antara lelaki dengan kemusyrikan atau kekufuran adalah meninggalkan solat." Abu Daud dan Nasai, " Tidak ada antara hamba dan kekufuran kecuali hanyalah meninggalkan solat." Dan At-Tarmizi, " Antara kekufuran dan keimanan adalah meninggalkan solat." Dan Ibnu Majah, " Antara hamba dan kekufuran adalah meninggalkan solat."


Imam At-Tarmizi dan lainnya merawikan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

"Janji antara kami dan mereka adalah Solat, Siapa yang meninggalkannya, Kafirlah dia."

Rasulullah S.A.W bersabda:

"Amal yang mula-mula ditanyakan kepada hamba pada hari kiamat adalah solatnya. Jika solatnya baik, sungguh dia beruntung dan selamatlah dia. Jika solatnya tidak dijaga, sungguh rugilah dia."

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Maun ayat 4-5 yang bermaksud:

"Maka celakalah (Seksalah) bagi orang tersebut kerana mereka itu lalai dari menjaga sembahyangnya."

Imam Ahmad mengeluarkan dengan sanad jayid serta Al-Thabrani dan Ibnu Majah dalam sahihnya bahawa Rasulullah S.A.W pada suatu hari mengingatkan tentang solat. Baginda bersabda:

" Siapa memeliharanya (Solat), maka baginya nur dan selamatlah dia pada hari kiamat. Dan siapa tidak menjaganya, maka tidak ada baginya nur dan keselamatan. Pada hari kiamat, ia bersama Qarun, Hamman, Firaun dan Ubai bin Khalaf."

Setengah ulama memperjelaskan maksud hadis diatas dengan mengatakan. " Dia akan bersama mereka jika mereka lalai solat disebabkan hartanya, samalah dia seperti Qarun. Atau sebab kerajaannya sama seperti Firaun, atau sebab jabatannya maka samalah dia seperti Hamman, atau sebab perniagaannya maka samalah dia seperti Ubay bin Khalaf. Maka dia akan bersama dengan orang yang diserupainya."

Al-Bazzar dari Said bin Abi Waqash, ia berkata, " Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W tentang firman Allah dalam surah Al-Maun:

"Maka celakalah (Seksalah) bagi orang tersebut kerana mereka itu lalai dari menjaga sembahyangnya."

Maka baginda menjawab, " Mereka itu adalah orang-orang yang melambatkan solat," Juga Abu Ya'la dengan sanad hassan dari Musy'ab bin Saad, dia berkata " Kutanya pada bapaku, Wahai Ayah, bagaimana pendapat engkau tentang firman Allah dalam ayat kelima surah al-Maun ?,  Apakah kadang ia lupa dan kadang ia tidak khusyuk." Beliau menjawab "Bukan itu maksudnya. Tapi mensia-siakan waktu solat. Adapan neraka Wail adalah kedasyartan azab. Juga dikatakan, ia merupakan jurang di Jahannam yang kalau di masukkan ke situ gunung dunia, tentu akan lebur dari kepanasan nya. Itulah tempat orang yang lalai dalam solat dan mengakhirkan waktunya kecuali dia bertaubat kepada Allah SWT dan menyesali kesalahannya".

Ulama’ mazhab berbeza pendapat pada bentuk hukuman yang dikenakan ke atas orang yang meninggalkan solat, setelah mereka bersepakat pada keharamannya dan besarnya dosa peninggalnya berdasarkan ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis yang sahih.

* Mazhab Hanafi: Peninggal solat dihukum fasik dan wajib dipenjarakan dan dirotan dengan kuat sampai keluar darah, sehinggalah dia kembali solat dan bertaubat atau mati di dalam penjara. Dia tidak dibunuh kecuali mengingkari kewajipan solat atau mempersendakannya.

* Jumhur ulama’ daripada mazhab Maliki dan Syafie: Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dihukum bunuh walau pun meninggalkan satu fardhu sahaja. Disuruh agar bertaubat selama tiga hari, jika enggan dijatuhkan hukuman had dengan dipenggal kepalanya. Selepas dibunuh, dimandikan dan disembahyangkan ke atasnya serta ditanam di tanah perkuburan orang Islam kerana dia tidak dikira kafir. Ini juga adalah pendapat yang rajih pada mazhab Hanbali sebagaimana dikatakan oleh Ibn Qudamah dalam Al-Mughni .

Daripada ayat al-quran dan hadis Rasulullah S.A.W yang disebutkan diatas, ternyata meninggalkan solat merupakan jenayah yang paling berat dan perlu dijaga dalam apa jua keadaan sekalipun. Kerjakanlah solat dalam waktunya. Wallahu a'lam.

RUJUKAN:

Mukashafah Al-Qulub, Bab 49, Imam Al-Ghazali
Fathul A’llam syarah Mursyidul Anam, Syed Mohd Al-Jardani, jilid 2, ms 71-73, cetakan Dar ibn Hazm 1997 M; 
Al-Iqna’ syarah Matn Abi Syuja’, Syeikh Al-Khatib As-Syarbini, jilid 1, ms 271, cetakan Darul Kutub Ilmiah 2004 M.
Fathul A’llam, jilid 2, ms 80.
Fathul A’llam, jilid 2, ms 76.
Fathul A’llam, jilid 2, ms78


Wednesday, August 15, 2012

Kisah Nabi-Nabi Allah Yang Tidak Disebut Secara Langsung Dalam Al-Quran

Dan (Kami telah mengutus) rasul-rasul yang sungguh telah Kami kisahkan tentang mereka kepadamu dahulu, dan rasul-rasul yang tidak Kami kisahkan tentang mereka kepadamu. Dan Allah telah berbicara kepada Musa dengan langsung.
(Surah an-Nisa ayat 164)

Dianggarkan bahawa nabi dan rasul masing-masing berjumlah 124,000 dan 312 orang. Namun, yang wajib diimani oleh umat Islam hanya seramai 25 orang sahaja. Ia dimulai dengan Nabi Adam as dan diakhiri dengan junjungan besar kita, Rasulullah SAW.

Dari Abu Zar ra bahawa Rasulullah SAW bersabda ketika ditanya tentang jumlah para nabi, “(Jumlah para nabi itu) adalah seratus dua puluh empat ribu (124,000) nabi.” “Lalu berapa jumlah Rasul di antara mereka?” Beliau menjawab, “Tiga ratus dua belas(312)”
(Hadith riwayat At-Tarmizi)

Peranan Nabi dan Rasul adalah untuk memberi peringatan kepada manusia untuk sentiasa berada di jalan yang lurus dan memandu mereka ke jalan tauhid. Kepada mereka terdapat empat orang Rasul diberikan kitab sebagai panduan dan manual. Mereka adalah:

Nabi Daud dianugerah kitab Zabur
Nabi Musa dianugerah kitab Taurat
Nabi Isa dianugerah kitab Injil
Nabi Muhammad saw dianugerah kitab Al-Quran

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa Rasul dan Nabi yang tidak diceritakan oleh Allah SWT dalam al-Quran. Allah SWT hanya menceritakan seramai 25 orang Rasul secara menyebut nama mereka dengan jelas dan mereka itu wajib diimani serta dihayati kisah hidup mereka.

Meskipun demikian, terdapat beberapa Rasul yang Allah SWT sebutkan dalam al-Quran tanpa menyebut nama mereka dengan jelas. Ada sesetengah ayat dalam al-Quran langsung tidak menyebut Rasul tersebut. Namun, para ulama dapat mengetahui siapakah gerangannya berdasarkanasbabul nuzul (sebab ayat diturunkan) ayat-ayat tersebut. Jadi, pada kali ini, penulis akan nukilkan beberapa Rasul yang penulis maksudkan tersebut:

NABI SAMWIL AS

Baginda adalah nabi yang diutuskan kepada bani Israel pada zaman Thalut menjadi raja Bani Israel. Baginda adalah seorang pemimpin yang soleh dan taat kepada perintah Allah SWT.
Di dalam al-Quran, baginda telah disebutkan dalam surah al-Baqarah ayat 246-248 :

246. Apakah kamu tidak memperhatikan pemimpin-pemimpin Bani Israel sesudah Nabi Musa, iaitu ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: “Angkatlah untuk kami seorang raja supaya kami berperang (di bawah pimpinannya) di jalan Allah.” Nabi mereka menjawab: “Mungkin sekali jika kamu nanti diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang.” Mereka menjawab: “Mengapa kami tidak mahu berperang di jalan Allah, padahal sesungguhnya kami telah diusir dari anak-anak kami?”. Maka tatkala perang itu diwajibkan atas mereka, merekapun berpaling, kecuali beberapa saja di antara mereka. Dan Allah Maha Mengetahui siapa orang-orang yang zalim.

247. Nabi mereka mengatakan kepada mereka: “Sesungguhnya Allah telah mengangkat Thalut menjadi rajamu.” Mereka menjawab: “Bagaimana Thalut memerintah kami, padahal kami lebih berhak mengendalikan pemerintahan daripadanya, sedang dia pun tidak diberi kekayaan yang cukup banyak?” Nabi (mereka) berkata: “Sesungguhnya Allah telah memilih rajamu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa.” Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui.

248. Dan Nabi mereka mengatakan kepada mereka: “Sesungguhnya tanda ia akan menjadi raja, ialah kembalinya tabut kepadamu, di dalamnya terdapat ketenangan dari Tuhanmu dan sisa dari peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun; tabut itu dibawa malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda bagimu, jika kamu orang yang beriman.
(Surah al-Baqarah ayat 246-248)

Para ulama seperti Ibnu Kathir dan Ibnu Ishak bersependapat bahawa ayat ‘nabi mereka’ merujuk kepada Nabi Samwil as. Peristiwa ini berlaku ketika Bani Israel bertekak sesama mereka untuk melantik seorang pemimpin dan raja.

Allah SWT telah memberikan kelebihan ilmu dan kepimpinan kepada Nabi Samwil as sehingga baginda dipandang tinggi oleh masyarakat pada zamannya. Kaum Nabi Samwil as sentiasa merujuk kepadanya dalam apa jua masalah termasuk masalah politik.

Dalam masalah ini, mereka telah merujuk terus kepada Nabi Samwil as. Diriwayatkan bahawa Nabi Samwil as telah diilhamkan Allah SWT untuk melantik seorang individu miskin bernama Talut bagi memimpin mereka menentang musuh-musuh Bani Israel.

Berkat kesolehan dan doa Nabi Samwil as, Talut yang dulunya seorang petani telah berjaya membawa Bani Israel ke dimensi baru sehingga datang Nabi Daud as kemudian hari.

NABI UZAIR AS

Nabi Uzair as adalah Rasul yang diutuskan Allah SWT kepada kaum Bani Israel kira-kira 400 tahun sebelum masihi. Ibnu Kathir meriwayatkan bahawa Nabi Uzair lahir di antara tempoh kenabian Nabi Sulaiman as dan Nabi Zakaria as, bapa kepada Nabi Yahya as. Manakala Sayyid Abdul Ala Maududipula secara terperinci meriwayatkan baginda hidup pada 450 sebelum masihi.

Nabi Uzair as adalah seorang lelaki yang amat soleh dan hafiz kitab Taurat. Baginda dikatakan memahami setiap isi kandungan Taurat. Beliau menjadi rujukan setiap masyarakat Yahudi pada zamannya.

Daripada Uzair as ini, Allah SWT telah memperlihatkan kebesaranNya dengan membangkitkannya daripada mati dan kembali kepada masyarakat untuk menyelamatkan isi Taurat.

Atau apakah (kamu tidak memperhatikan) orang yang melalui suatu negeri yang (temboknya) telah roboh menutupi atapnya. Dia berkata: “Bagaimana Allah menghidupkan kembali negeri ini setelah hancur?” Maka Allah mematikan orang itu seratus tahun, kemudian menghidupkannya kembali. Allah bertanya: “Berapakah lamanya kamu tinggal di sini?” Ia menjawab: “Saya(Uzair as) tinggal di sini sehari atau setengah hari.” Allah berfirman: “Sebenarnya kamu(Uzair as) telah tinggal di sini seratus tahun lamanya; lihatlah kepada makanan dan minumanmu yang belum lagi beubah; dan lihatlah kepada keledai kamu (yang telah menjadi tulang belulang); Kami akan menjadikan kamu(Uzair as) tanda kekuasaan Kami bagi manusia; dan lihatlah kepada tulang belulang keledai itu, kemudian Kami menyusunnya kembali, kemudian Kami membalutnya dengan daging.” Maka tatkala telah nyata kepadanya (bagaimana Allah menghidupkan yang telah mati) diapun berkata: “Saya(Uzair as) yakin bahwa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
(Surah al-Baqarah ayat 259)

Namun, kejahilan Bani Israel pada masa itu menyebabkan mereka syirik kepada Allah SWT sepertimana yang diceritakan oleh Allah SWT dalam surah At-Taubah ayat 30,

Orang-orang Yahudi berkata: “Uzair itu putera Allah” dan orang-orang Nasrani berkata: “Al Masih itu putera Allah.” Demikianlah itu ucapan mereka dengan mulut mereka, mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu. Dilaknati Allah mereka , bagaimana mereka sampai berpaling? 
(Surah at-Taubah ayat 30)

Di dalam Surah al-Baqarah ayat 259, nama Uzair tidak muncul tetapi diganti dengan pengganti nama iaitu saya atau aku. Namun, para ulama bersependapat bahawa ia sememangnya merujuk kepada Nabi Uzair as atau Nabi Ezra as. Uzair adalah panggilan Ezra dalam bahasa Arab. Ezra pula adalah sebutan nama baginda dalam bahasa Ibrani.

NABI SAMSON AS

Nabi Samson as tidak diceritakan langsung dalam al-Quran namun nama baginda pernah diriwayatkan di dalam kitab Qisasul Anbiya’(kisah para Nabi). Dalam kitab lama tersebut menceritakan bagaimana Rasulullah SAW tiba-tiba tersenyum sehingga mengundang rasa pelik para sahabat. Lalu seorang sahabat bertanya Rasulullah SAW ;

“Mengapa anda tersenyum wahai nabi Allah?”

Rasulullah SAW segera menjawab ;

Aku diperlihatkan pada hari kiamat di Padang Masyhar, seorang nabi dengan membawa pedang yang tidak mempunyai pengikut walau seorang pun, kemudian masuk ke dalam syurga. Baginda adalah Samson.


Dalam kitab Muqasyafatul Qulub karangan Imam Ghazali ada menceritakan bahawa Rasulullah SAW berkumpul pada bulan suci Ramadan. Di dalam usrah itu Rasulullah SAW bercerita mengenai nabi Allah SWT bernama Samson as. Rasulullah SAW menggelarnya Sam’un Ghazi.

Nabi Samson as dianugerahi Allah SWT dengan kekuatan luar biasa seperti berkebolehan melembutkan besi, mampu menewaskan binatang buas dan berkemampuan untuk mengangkat tiang istana dan merobohkannya.

Nabi Allah ini menentang keras perbuatan kaumnya yang engkar dengan perintah Allah SWT. Pada masa itu, Raja Israel sendiri adalah seorang yang engkar dengan perintah Allah dan zalim pula terhadap rakyatnya. Sifat bongkak raja tersebut mengundang rasa benci beliau terhadap raja tersebut sehingga menyebabkan beginda tidak henti-henti untuk memberi hidayah kepadanya walau dengan apa cara sekalipun.

Sifat istiqamah Nabi Samson as mengundang padah padanya apabila beliau berjaya ditangkap setelah isterinya sendiri mengkhianatinya. Nabi Samson as pernah berkata kepada isterinya berkenaan kelemahan dirinya yang boleh dilemahkan dengan mengikat dirinya dengan rambutnya sendiri. Akhirnya Nabi Samson as ditangkap.

Nabi Samson as telah diseksa dan dibutakan matanya. Namun, ia tidak menghalang dirinya untuk terus berjuang menentang kebatilan. Samson as berdoa kepada Allah SWT agar dikembalikan kekuatan yang dianugerahkan kepadanya dahulu. Allah SWT memakbulkan doa baginda.

Nabi Samson as telah menggunakan kekuatan yang diperolehinya semula dengan meruntuhkan seluruh istana sehingga mengorbankan raja dan isteri beliau sendiri.

Selepas kejadian itu, Nabi Samson as kemudian bersumpah untuk beribadah selama 1000 bulan tanpa henti. Daripada kisah yang diceritakan inilah, maka datang wahyu berkenaan malam lailatul qadar yang sama dengan keberkatan 1000 bulan.

NABI YUSHA' AS

Nabi Yusha’ bin Nun as adalah seorang nabi yang diutuskan oleh Allah SWT untuk memimpin Bani Israel memasuki kota Juruselam. Nabi Yusha’ bukan sahaja seorang Nabi dan Rasul tetapi juga seorang panglima perang yang berkaliber. Sepertimana Rasulullah SAW, baginda sangat mementingkan kualiti berbanding kuantiti. Baginda tidak mahu ada di antara pejuang jihad tertarik kepada duniawi. Baginda mahukan pejuang yang benar-benar mencari syurgawi.

Baginda memiliki beberapa mukjizat yang dianugerah Allah SWT dan di antaranya Rasulullah SAW pernah bersabda,

Nabi SAW bersabda, “Seorang Nabi berperang lalu ia berkata, ‘Yang tidak boleh ikut adalah orang yang baru menikah dan masih belum menggauli istrinya; orang yang telah membangun sebuah rumah tetapi belum memasang atapnya; orang yang membeli seekor kambing bunting, dan sedang menunggu kelahirannnya’”.

Beliau (Rasulullah) berkata, “Lalu nabi itu berhenti di sebuah kampung menjelang Asar dan berkata kepada matahari, ‘Engkau diperintah dan aku juga diperintah. Ya Allah tahanlah dia (matahari) sebentar untukku.’ Maka matahari itu pun ditahan.”
(HR. Bukhari dan Muslim)

Melalui hadis ini dapat diketahui bahawa Nabi yang dimaksudkan adalah Yusha’ bin Nun as. Ia berdasarkan satu hadis lain yang berbunyi,

Daripada Abu Hurairah ra., Rasulullah SAW bersabda, “Matahari tidak pernah ditahan untuk seseorang kecuali untuk Yusha’ pada waktu senja di mana dia pergi ke Baitul Maqdis.”
(HR Imam Ahmad)

Menurut Ibnu Ishq dalam riwayatnya bahawa Nabi Yusya’ as memimpin tentera-tentera untuk memasuki Baitul Maqdis pada hari Jumaat. Akan tetapi, waktu telah meningkat senja. Waktu senja merupakan titik perubahan hari menurut calendar masyarakat Bani Israel. Syariat Nabi Musa as diharamkan berperang pada Hari Sabtu kerana pada hari tersebut disediakan untuk beribadat kepada Allah SWT.

Oleh yang demikian, Nabi Yusha’ as berdoa kepada Allah SWT untuk memberhenti matahari buat beberapa ketika bagi memberi ruang waktu padanya untuk berperang menentang musuh Allah ST. Nabi Yusha’ as bimbang jika mereka memberi ruang satu hari kepada musuh, pihak musuh bakal menyusun kembali kekuatan mereka. Dan ini merugikan Nabi Yusha’ as dan tentera-tentera baginda.

Berkenaan Nabi Yusha’ as, kitab Taurat juga menyatakan hal yang sama sepertimana sabda Rasulullah SAW;

12 Then, on the day ADONAI* handed over the Emori* to the people of Isra’el, Y’hoshua spoke to ADONAI; in the sight of Isra’el he said, “Sun, stand motionless over Giv’on! Moon, you too, over Ayalon Valley!” 13 So the sun stood still and the moon stayed put, till Isra’el took vengeance on their enemies. 14 This is written in the book of Yashar. The sun stood still in the sky and was in no rush to set for nearly a whole day. There has never been a day like that before or since, when ADONAI listened to the voice of a man; it happened because ADONAI was fighting on Isra’el’s behalf. 
Joshoa 10:12-14

*Adonai adalah panggilan Tuhan bagi bani Israel. Emori pula adalah kaum Amorites yang mendiami Juruselam dan Baitul Maqdis.

Dengan yang demikian, dapat kita lihat bahawa Rasulullah SAW telah menunjukkan mukjizatnya apabila memberitahu perkara yang sama dengan apa yang disampaikan di dalam Taurat.


TIGA ORANG RASUL DALAM SURAH YASIN AYAT 13-29

Dalam Surah Yassin, ayat 13 sehingga 29, terdapat sebuah kisah yang diceritakan Allah SWT tentang tiga orang Rasul yang diutuskan untuk memberi peringatan di sebuah negeri. Kisah tersebut dimulai dengan dua orang Rasul sebelum ditambah kepada tiga orang selepas mendapati masyarakat di negeri tersebut masih ingkar.

13. Dan ceritakanlah kepada mereka satu keadaan Yang ajaib mengenai kisah penduduk sebuah bandar (yang tertentu) Iaitu ketika mereka didatangi Rasul-rasul (Kami),

14. Ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang Rasul lalu mereka mendustakannya; kemudian Kami kuatkan (kedua Rasul itu) Dengan Rasul Yang ketiga, lalu Rasul-rasul itu berkata: `Sesungguhnya Kami ini adalah diutuskan kepada kamu'.


Walaubagaimanapun, masyarakat tersebut masih lagi engkar, mereka mendakwa kehadiran mereka bertiga menyebabkan masih mereka berubah malang. Ternyata dakwaan mereka tiada asasnya dan hanya untuk menutup kesalahan mereka. Masyarakat tersebut seterusnya mengugut untuk membunuh ketiga-tiga orang Rasul tersebut.

15. Penduduk bandar itu menjawab: "Kamu ini tidak lain hanyalah manusia seperti Kami juga, dan Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatupun (tentang ugama Yang kamu dakwakan); kamu ini tidak lain hanyalah berdusta".

16. Rasul-rasul berkata: Tuhan Kami mengetahui Bahawa Sesungguhnya Kami adalah Rasul-rasul Yang diutus kepada kamu,
17. "Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya Dengan cara Yang jelas nyata".

18. Penduduk bandar itu berkata pula: "Sesungguhnya Kami merasa nahas dan malang Dengan sebab kamu. Demi sesungguhnya, kalau kamu tidak berhenti (dari menjalankan tugas Yang kamu katakan itu), tentulah Kami akan merejam kamu dan sudah tentu kamu akan merasai dari pihak Kami azab seksa Yang tidak terperi sakitnya".

19. Rasul-rasul itu menjawab: "Nahas dan malang kamu itu adalah disebabkan (kekufuran) Yang ada pada kamu. Patutkah kerana kamu diberi peringatan dan nasihat pengajaran (maka kamu mengancam Kami Dengan apa Yang kamu katakan itu)? (kamu bukanlah orang-orang Yang mahu insaf) bahkan kamu adalah kaum pelampau".
Kemudian, datang seorang pemuda ke arah kaum beliau untuk menyatakan keyakinan beliau terhadap tiga orang Rasul tersebut. Dipercayai bahawa pemuda beriman tersebut terbunuh dan mati syahid.

20. Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu Dengan berlari, lalu memberi nasihat Dengan katanya:" Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu -

21. "Turutlah orang-orang Yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk".

Ayat-ayat seterusnya memperihalkan hal-hal di alam ghaib yang mana lelaki tersebut diceritakan oleh Allah SWT telah diampunkan dosa dan dimasukkan ke dalam syurga akibat imannya terhadap ketiga-tiga Rasul tersebut.

22. Dan (apabila ditanya: sudahkah Engkau menerima ugama mereka? maka jawabnya): "Mengapa Aku tidak menyembah Tuhan Yang menciptakan daku, dan Yang kepadaNyalah (aku dan) kamu semua akan dikembalikan?

23. "Patutkah Aku menyembah beberapa Tuhan Yang lain dari Allah? (sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah Yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku Dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku, dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku.

24. "Sesungguhnya Aku (kalau melakukan syirik) tentulah Aku pada ketika itu berada Dalam kesesatan Yang nyata.

25. "Sesungguhnya Aku telah beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarlah (nasihatku)",.

26. (setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya: "Masuklah ke Dalam Syurga". ia berkata; "Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui

27. "Tentang perkara Yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikannya daku dari orang-orang Yang dimuliakan".


28. Dan Kami tidak menurunkan kepada kaumnya sesudah ia (mati) sebarang pasukan tentera dari langit (untuk membinasakan mereka), dan tidak perlu Kami menurunkannya.

29. (kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan Dengan satu pekikan (yang dahsyat), maka Dengan serta merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi

Kisah tiga orang Rasul tersebut berakhir pada ayat 29 dengan firman Allah SWT yang menyatakan seluruh kaum tersebut dimusnahkan dengan satu teriakan suara yang dashat. Ahli Tafsir menyatakan bahawa ketiga-tiga orang Rasul tersebut adalah hawari nabi Isa as yang diutuskan ke sebuah negeri yang dipercayai sebagai Antioch (kini berada di Turki). Mereka adalah Shadiq, Mashduq danSyam’un. Pada masa itu, masyarakat Antioch menyembah berhala dan langsung tidak mengenal Allah SWT.

Walaubagaimanapun, dakwaan yang menyatakan tiga Rasul tersebut adalah hawari-hawari Nabi Isa as ditolak sepenuhnya oleh Ibnu Kathir kerana bersandarkan kepada hadis Rasulullah SAW yang pernah menyatakan bahawa tiada Rasul diutuskan di antara kerasulan Isa as dan baginda Rasulullah SAW.

sumber : http://www.takusahrisau.wordpress.com

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes