
Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abu Ghalib, berkata Abu Umamah bahawa Nabi S.A.W bersabda:
"Para Malaikat duduk di depan pintu masjid dengan membawa buku catatan untuk mencatat (orang-orang yang masuk masjid). Jika Imam keluar (untuk memulakan khutbah), maka buku catatan itu dilipat"
Kemudian Abu Ghalib bertanya, "wahai Abu Umamah!, bukankah orang yang datang sesudah Imam keluar mendapat Jumaat?" Dia menjawab: "Tentu, tetapi ia tidak termasuk golongan yang dicatat dalam buku catatan."
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W bersabda:
"Apabila tiba hari Jumaat, pada pintu-pintu masjid terdapat para malaikat yang mencatat urutan...