Monday, December 31, 2012

LUASNYA NERAKA ALLAH

 
 
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:
 
Jibrail datang Kepada Nabi saw ada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,maka ditanya oleh nabi s. a. w.:
 
"Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
 
Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya.
 
"Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."
 
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan Selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa,nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu,tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."
 
Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"
 
Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka,sesetengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
 
Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
 
Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik,dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s.serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."
 
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya:
 
"Mengapa tidak Kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"
 
Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."
 
Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu,sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda:
 
"Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"
 
Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."
 
Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.
 
Dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai" Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat Sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu: > 1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat 2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah 3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung 4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah 5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik 6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak 7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum 8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular 9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat. 10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai 11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua. Wallahua'lam.
 
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami Turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat,sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

FADHILAT SURAH YASSIN

 
 
Surah Yassin adalah surah ke-36 dalam Al-quran dan mempunyai 83 ayat. Surah yang diturunkan sesudah Surah Al-Jin ini dinamakan Yassin kerana surah ini dimulai dengan huruf ya-sin. Antara intipati surah yassin, Allah menyatakan tentang perkara-perkara berikut:
 
1. Bukti-bukti adanya hari berbangki tmensucikan Allah SWT dari sifat-sifatyang tidak layak bagi-nya.
 
2. Anggota badan manusia menjadi saksi pada hari kiamat atas segala perbuatannya didunia.
 
3. Kisah utusan-utusan nabi Isa a.s dengan penduduk anthakiyah.
 
4. Tidak ada faedah peringatan bagi orang-orang musyrik.
 
5. Allah menciptakan segala sesuatu berpasang-pasangan.
 
6. Semua bintang-bintang dicakrawala berjalan pada garis edar yang telah ditetapkan Allah.
 
7. Ajal dan hari kiamat datangnya secara tiba-tiba.
 
8. Allah menghibur hati rasulullah SAW terhadap sikap kaum musyrikin yang menyakitkan hatinya.
 
 
Fadhilat Surah Yassin

Hadrat Ata ibn-e Abi Ribah berkata bahawa Rasulullah SAW di berita kan telah bersabda,
"Sesiapa yang membaca Surah Yassin di permulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi".
 
Dikatakan di dalam sebuah hadith,
 
"Segala sesuatu mempunyai hati, dan hati bagi al-quran ialahSurahYassin. Barangsiapa membaca SurahYassin Allah S.W.T. Akan menulis pahala baginya seumpama ia membaca seluruh al-quran sebanyak sepuluh kali."
 
Menurut sebuah hadith yang lain, Allah S.W.T membacakan SurahYassin dan SurahTaha seribu tahun lamanya sebelum terciptanya langit danbumi dan mendengarkan kepada para malaikat pun berkata,
 
"Umat dimana al-quran di turunkan akan dirahmati ,hati-hati yang memikulnya, yakniyang menghafal nya akan dirahmati dan lidah-lidah yang membacanya akan juga dirahmati.
 
Ada satu lagi riwayat yang seumpama ini,
 
"Sesiapa yang membaca Surah Yassin semata-mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan.Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca keatas orang yang mati."
 
Mengikut sebuah hadith, Surah Yassin dinamakan Mub'mah (pemberi berita baik) kerana ia mengandungi manafa'at kepada pembacanya, di dalam kehidupan dunia dan juga akhirat, ia menghindarkan penderitaan di dunia& akhirat dan menjauhkan kedahsyatan kehidupan akhirat. Surah ini juga dikenali sebagai Rafi'ah Khafidah, iaitu yang mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan menurunkan darjat orang-orang yang engkar (tidakberiman).
 
Menurut satu riwayat Rasulullah s.a.w. bersabda,
 
"Hatiku menghendaki supaya SurahYassin berada di setiap hati Ummatku,"

"Siapa saja, orang muslim, tatkala akan meninggal dibacakan Surah Yassin maka turunlah untuk setiap satu huruf sepuluh malaikat; mereka berdiri berbaris dihadratnya memohonkan rahmat dan keampunan untuknya, pula menyaksikan dimandikan jenazah, menghantarnya, mennyembahyangkannya juga ikut hadir didalam pemakamnya. Dan siapa sahaja, orang islam, membaca Surah Yassin ketika sakratulmaut tidak hendak mengambil rohnya sehingga kehadiran Malaikat Ridwan dengan membawa seteguk minuman Syurga dan diminumkan kepadanya diatas pembaringannya dan dirasakan kesegarannya ketika diambil nyawanya juga kesegaran kelak di dalam kubur dan ia tidak memerlukan telaga para nabi, hingga masuk Syurga ia selalu merasakan kesegaran."
 
 


 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes