
Perkara-perkara di bawah ini perlu diambil perhatian oleh setiap muslimah sebelum mengenakan sebarang solekan di wajah:
Bahan solekan yang digunakan halal dan tidak memudaratkan.
Bersolek bukan untuk tujuan menggoda, mendapat pujian lelaki atau menarik perhatian mereka, kecuali untuk tatapan suami sendiri.
Penggunaan pelembap bibir, losen muka, bedak dan seumpamanya di luar
rumah bertujuan untuk menjaga kesihatan kulit daripada kering,
merekah dan lain-lain.
Tidak mengubah mana-mana bahagian tubuh semula jadi (iaitu bukan
darurat atau keperluan kesihatan) seperti mencukur bulu kening dan
lain-lain, termasuk tindik di lidah, bibir...