Thursday, May 24, 2012

Ruksah & Panduan Bermusafir

Dapatkan info tentang Ruksah & Panduan Bermusafir. Ketahui jenis-jenis musafir dan adab-adab sebelum dan ketika bermusafir. Semoga memberi manfaat.

Dipetik dari Majalah Al-Ustaz Vol 2.


Friday, May 11, 2012

Boleh Salam Ke Tak Boleh Salam?

Dengan siapa saya haram bersalam, bercampur dan wajib berhijab?
Rujuk gambar dibawah untuk keterangan lebih lanjut.



Disedut daripada : http://contengmfr.blogspot.com/

Saturday, May 05, 2012

Panduan "Make Up" Wanita Menurut Islam


Perkara-perkara di bawah ini perlu diambil perhatian oleh setiap muslimah sebelum mengenakan sebarang solekan di wajah:
  • Bahan solekan yang digunakan halal dan tidak memudaratkan.
  • Bersolek bukan untuk tujuan menggoda, mendapat pujian lelaki atau menarik perhatian mereka, kecuali untuk tatapan suami sendiri.
  • Penggunaan pelembap bibir, losen muka, bedak dan seumpamanya di luar rumah bertujuan untuk menjaga   kesihatan kulit daripada kering, merekah dan lain-lain.
  • Tidak mengubah mana-mana bahagian tubuh semula jadi (iaitu bukan darurat atau keperluan kesihatan) seperti mencukur bulu kening dan lain-lain, termasuk tindik di lidah, bibir dan sebagainya.
  • Tidak mengambil khidmat jurusolek berlainan jantina dan bukan mahram.
  • Tidak mengenakan solekan yang tebal dan keterlaluan.
  • Tidak mendedahkan aurat seperti rambut yang sengaja dikeluarkan di bahagian depan atau bahagian dada yang tidak ditutup sempurna untuk menampakkan perhiasan seperti rantai.
  • Tidak membazir dengan membeli alat solekan yang terlalu mahal walaupun berkemampuan semata-mata untuk menunjukkan kemegahan dan kelainan daripada orang lain.
  • Cara solekan hendaklah jauh daripada unsur-unsur yang bertentangan dengan akidah atau syariat (bacaan jampi serapah, memakai susuk dan seumpamanya).
Di petik dari Tulisan Noraslina Jusin ( Majalah Solusi Isu no. 43)

Wednesday, May 02, 2012

Sujud Syukur


Dari Abu Bakrah: Apabila Rasulullah s.a.w. menemukan sesuatu yang menggembirakan baginda atau disampaikannya kepada baginda sesuatu berita sukacita, maka baginda melakukan sujud syukur sebagai tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. (HR Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi).

Dalam salah satu riwayat dinyatakan bahawa Abdul-Rahman bin Auf melihat Nabi Muhammad Saw. sedang melakukan sujud. Kerana baginda bersujud lama sekali, maka timbullah kebimbangan kepada Abdul-Rahman bin Auf kalau-kalau Rasulullah saw. dalam keadaan'bahaya', mungkin baginda dipanggil Tuhan secara mendadak. Dengan segera Abdul-Rahman bin Auf mendatangi Rasulullah saw. untuk mengetahui keadaan baginda yang sebenarnya.

Sejenak kemudian Rasulullah saw.mengangkat kepalanya, bangun dari sujud dan bertanya kepada Abdul-Rahman bin Auf : " Ada Apa gerangan, wahai Sahabatku, maka anda nampak seperti orang yang bingung ?"

Abdul-Rahman bin Auf menjelaskan kebimbangannya itu, sepertimana yang dinyatakan di atas.

Akhirnya Rasulullah saw.. menyatakan yang maksudnya : " Bahawasanya Jibril datang kepadaku dan berkata : Sukakah engkau : Barangsiapa yang mengucapkan salawat ke atas engkau, maka Allah Swt. akan memberikan salawat kepadanya. Barangsiapa yang memberikan salam kepada engkau,maka Allah akan memberikan salam (pula) kepadanya..Mendengar hal itu, maka saya (Rasulullah) terus melakukan sujud kepada Allah sebagai tanda bersyukur". (HR Ahmad)

Berdasar ke atas Sunnah Nabi itu, maka ianya tidak hairanlah apabila para Sahabat sering melakukan sujud syukur tatkala mereka mendapat nikmat atau memperoleh berita yang menggembirakan. Amalan sujud syukur itu adalah antara manifestasi untuk menyatakan kesyukuran atau terimakasih kepada Allah swt.


Tatacara sujud syukur

Sujud syukur itu seyugyanyalah dilakukan secara spontan (seketika) tatkala mendapat nikmat atau menerima berita menggembirakan.

Adapun cara mengerjakan sujud syukur itu tidak berbeza seperytiaman sujud tatkala solat. Hanya syarat-syarat yang diwajibkan dalam mengerjakan soklat, seperti harus mempunyai wuduk (air sembahyang), menghadap qiblat, pakaian yang bersih daripada najis dan lain-lain, itu semua adalah tidak disyaratkan didalam sujud syukur.

Juga tidak disyaratkahn untuk dilakukan ditempat-tempat tertentu seperti masjid/surau, tetapi dibolehkan dilakukan disetiap tempat, asalkan tidak ditempat-tempat yang kotor, seperti tandas dan lain-lain. Boleh ianya dilakukan di tepi jalanan, di pasar, di kebun, di kilang, di tepi pantai, di atas kereta dan sebagainya.

Dalam pada itu, tidak ada bacaan-bacaan yang khusus pada waktu melakukan sujud syukur itu. Menurut penjelasan Jumhur Ulama, cara melakukannya ialah dengan mengucapkan takbir lebih dahulu, kemudian sujud, sesudah itu bagkit dari sujud dan terus memberi salam. Ada juga sebatengah Ulama yang berpendapat bahawa sujud syuklur tidak perlu dimulakan dengan takbir dan disudahkan dengan salam, tetapi ianya cukup dengan bersujud sahaja, kemudian bangikit dan duduk kembali.
 
Oleh: Ustaz Bahruddin Mansur
http://hikmah.org.my

Friday, April 27, 2012

Khusyuk dan Tadabbur Ketika Membaca Al-Quran

Kewajipan kita yang seterusnya adalah bertadabbur ketika membaca al-quran. Ia bermaksud kita membacanya dengan penuh perasaan dengan hati yang khusyuk, dan memberikan sepenuh tumpuan ketika membacanya. Ini seperti mana yang digambarkan oleh Allah dalam Al-Quran:


Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. (Surah Hasyar, 59: 21)

Allah juga mengambarkan bagaimana sikap sebenar orang yang membaca kitab Allah, iaitu mereka menghayatinya sampai menangis hiba dan sujud tunduk kepada kebesaran Allah.


Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang yang ingkar itu): "Sama ada kamu beriman kepada Al-Quran atau kamu tiada beriman, (tidaklah menjadi hal); kerana sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk); Serta mereka menegaskan (dalam sujudnya): "Maha Suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji Tuhan kami tetap terlaksana. " Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk. 
(Surah Al-Israa, 17: 107-109)


Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya. (Surah Az-Zumar, 39: 23)


(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar. (Surah Sad, 38:29)

Bagaimana hendak menjadikan diri kita khusyuk dan tadabbur ketika membaca Al-Quran?

1. Hendaklah meneliti dan memberikan tumpuan pada setiap ayat yang di baca.
2. Cuba lihat maknanya.
3. Cuba untuk memahaminya.
4. Perhatikan bentuk dan jenis ayatnya sama ada ayatnya itu adalah ayat perintah atau ayat larangannya atau ayat yang mengandungi janji baik iaitu syurga, atau rahmat dan berkat atau ayat-ayat yang mengandungi ancaman azab atau bala daripada Allah.
5. Renunglah pula diri anda dan buat muhasabah diri. Adakah anda sudah melaksanakan segala perintah Allah tadi.
6. Bagaimana pula dengan larangannya? Adakah kita meninggalkannya atau masih melakukannya?
7. Yakinkah kita dengan segala janji Allah kepada orang yang beriman dengan syurganya dan rahmatnya.
8. Takutkah anda kepada ancaman azab Allah? Gementarkah hati anda mendengar ayat-ayat yang menceritakan ancaman nerakanya?

Pernahkah hati anda tersentuh dengan bacaan Imam atau Qari atau bacaan anda sendiri? jika Ya, Alhamdulillah. Syukurlah kepada Allah kerana itu adalah hidayah dan anugerah daripada Allah. Teruskan membaca dan membacanya semoga hidayah Allah kekal bersamamu.

Tetapi andai kata kita mendapati kita masih tidak taat kepada Allah, dan tidak pun menghindarkan diri dari melakukan apa yang dilarang oleh Allah, tidak kuat keyakinan kita terhadap janji-janji Allah, tidak merasa gerun mendengar ayat-ayat azab dan ancaman Allah, maka bersegeralah kita bertaubat kepada Allah.

Jika kita tidak mampu menangis kerana insaf biarlah kita menangis kerana kita tidak mampu menangis.
(Imam Habib Abdullah Haddad: Kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman)

Nota: Penulisan ini di salin dari buku Kewajipan Kita Dengan Al-Quran, tulisan Ustaz Haji Ghazali Bin Haji Omar Al-Muqri, bagi mengumpul dana untuk pembangunan Akademi Syahadah Tahfiz Al-Faizin.

Sekiranya anda ingin memberikan sumbangan ikhlas dalam membantu mengembangkan ilmu Allah, sumbangan boleh disalurkan kepada:

CIMB Islamic: Akademi Syahadah Tahfiz Al-Faizin
No. Akaun Bank: 1244-0004136-20-9 

Untuk keterangan lanjut hubungi:

Ustaz Ahmad Fauzi Bin Mat Ellah,
PT759, Jalan Melawati 3/23, Bandar Melawati,
45000 Kuala Selangor, Selangor.
019-6110857 @ 013-2270239

Hubungi secara online:
facebook.com/tahfizastaf

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes