Friday, April 27, 2012

Khusyuk dan Tadabbur Ketika Membaca Al-Quran

Kewajipan kita yang seterusnya adalah bertadabbur ketika membaca al-quran. Ia bermaksud kita membacanya dengan penuh perasaan dengan hati yang khusyuk, dan memberikan sepenuh tumpuan ketika membacanya. Ini seperti mana yang digambarkan oleh Allah dalam Al-Quran:


Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. (Surah Hasyar, 59: 21)

Allah juga mengambarkan bagaimana sikap sebenar orang yang membaca kitab Allah, iaitu mereka menghayatinya sampai menangis hiba dan sujud tunduk kepada kebesaran Allah.


Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang yang ingkar itu): "Sama ada kamu beriman kepada Al-Quran atau kamu tiada beriman, (tidaklah menjadi hal); kerana sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk); Serta mereka menegaskan (dalam sujudnya): "Maha Suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji Tuhan kami tetap terlaksana. " Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk. 
(Surah Al-Israa, 17: 107-109)


Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya. (Surah Az-Zumar, 39: 23)


(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar. (Surah Sad, 38:29)

Bagaimana hendak menjadikan diri kita khusyuk dan tadabbur ketika membaca Al-Quran?

1. Hendaklah meneliti dan memberikan tumpuan pada setiap ayat yang di baca.
2. Cuba lihat maknanya.
3. Cuba untuk memahaminya.
4. Perhatikan bentuk dan jenis ayatnya sama ada ayatnya itu adalah ayat perintah atau ayat larangannya atau ayat yang mengandungi janji baik iaitu syurga, atau rahmat dan berkat atau ayat-ayat yang mengandungi ancaman azab atau bala daripada Allah.
5. Renunglah pula diri anda dan buat muhasabah diri. Adakah anda sudah melaksanakan segala perintah Allah tadi.
6. Bagaimana pula dengan larangannya? Adakah kita meninggalkannya atau masih melakukannya?
7. Yakinkah kita dengan segala janji Allah kepada orang yang beriman dengan syurganya dan rahmatnya.
8. Takutkah anda kepada ancaman azab Allah? Gementarkah hati anda mendengar ayat-ayat yang menceritakan ancaman nerakanya?

Pernahkah hati anda tersentuh dengan bacaan Imam atau Qari atau bacaan anda sendiri? jika Ya, Alhamdulillah. Syukurlah kepada Allah kerana itu adalah hidayah dan anugerah daripada Allah. Teruskan membaca dan membacanya semoga hidayah Allah kekal bersamamu.

Tetapi andai kata kita mendapati kita masih tidak taat kepada Allah, dan tidak pun menghindarkan diri dari melakukan apa yang dilarang oleh Allah, tidak kuat keyakinan kita terhadap janji-janji Allah, tidak merasa gerun mendengar ayat-ayat azab dan ancaman Allah, maka bersegeralah kita bertaubat kepada Allah.

Jika kita tidak mampu menangis kerana insaf biarlah kita menangis kerana kita tidak mampu menangis.
(Imam Habib Abdullah Haddad: Kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman)

Nota: Penulisan ini di salin dari buku Kewajipan Kita Dengan Al-Quran, tulisan Ustaz Haji Ghazali Bin Haji Omar Al-Muqri, bagi mengumpul dana untuk pembangunan Akademi Syahadah Tahfiz Al-Faizin.

Sekiranya anda ingin memberikan sumbangan ikhlas dalam membantu mengembangkan ilmu Allah, sumbangan boleh disalurkan kepada:

CIMB Islamic: Akademi Syahadah Tahfiz Al-Faizin
No. Akaun Bank: 1244-0004136-20-9 

Untuk keterangan lanjut hubungi:

Ustaz Ahmad Fauzi Bin Mat Ellah,
PT759, Jalan Melawati 3/23, Bandar Melawati,
45000 Kuala Selangor, Selangor.
019-6110857 @ 013-2270239

Hubungi secara online:
facebook.com/tahfizastaf

Doa Ketika Menghadapi Stress



Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya". Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)".
(Surah Ali-Imran, 3:173)
Menurut Bukhari, Ibn al-Munzir, al-Hakim dan al-Baihaqi, daripada Ibn Abbas berkata bahawa doa di atas merupakan kalimah yang terakhir diucapkan oleh Nabi Ibrahin a.s. sebelum dicampakkan ke dalam api. Ia juga diucapkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ketika golongan kafir menakut-nakutkan Nabi tentang tentera bersekutu yang akan menyerang Nabi s.a.w.
(Tafsir al-Fakhrurrazi, tafsir ayat 173, surah ali ‘Imran).

Saturday, April 14, 2012

Kisah Rasulullah Dengan Yahudi Buta

 
Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiapharinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya:

"Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya" .

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.
Setelah wafatnya Rasulullah SAW tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abu Bakar R.A. berkunjung ke rumah anaknya Aisyah R.A. yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,

"Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?".
Aisyah RA menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja".
"Apakah Itu?", tanya Abubakar RA.

"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana ", kata Aisyah RA.
Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil mengherdik, "Siapakah kamu ?".

Abubakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa." "Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku" , bantah si pengemis buta itu.
"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut setelah itu ia berikan padaku", pengemis itu melanjutkan
perkataannya.
Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu,

"Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW".

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata, "Benarkah demikian?
Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... "
Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar R.A saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.
Nah, wahai saudaraku, bolehkah kita meneladani kemuliaan akhlak Rasulullah SAW?
Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau? Beliau adalah ahsanul akhlak, semulia-mulia akhlak. 
Kalaupun tidak boleh kita meneladani beliau seratus persen, alangkah baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya.
Pengemis yang buta itu lagikan mengetahui orang yang biasa mendatanginya selalu, tidakkan sama dari yang biasa.
Sebarkanlah riwayat ini ke sebanyak orang apabila kamu mencintai Rasulullahmu.

Kisah Paderi Yahudi Memeluk Islam

BUKU Sirah Nabawiyyah juga ada menceritakan sikap Yahudi yang tidak mungkin akan menerima perubahan sekalipun ada kalangan daripada mereka yang berpengaruh besar akhirnya memeluk Islam.

Ini apabila kita mengikuti kisah Abdullah bin Salam sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al Bukhari. Abdullah adalah seorang pendeta Yahudi yang paling alim dan berpengaruh besar di kalangan penduduk Yahudi di Yathrib.

Apa yang beliau lakukan dan apa sahaja yang keluar daripada mulutnya akan diikuti dan didengar oleh para pengikut Yahudi yang lain.

Apabila Abdullah sendiri mendengar mengenai kehadiran Nabi Muhammad SAW ke Yathrib di kampung Bani An Najjar di Madinah, beliau tergesa-gesa hendak menemui baginda.
Apabila Abdullah dapat bertemu dengan Nabi Muhammad, beliau pun mengajukan pelbagai persoalan mengenai soal kenabian sebagaimana yang Abdullah ketahui sebagai pendita Yahudi.Ini kerana tidak semua orang mengetahui perkara tersebut kecuali golongan yang tertentu sahaja.

Lalu dijawab oleh baginda akan segala persoalan yang dikemukakan oleh Abdullah sehingga si Yahudi ini begitu berpuas hati kerana ia menepati sebagaimana yang beliau ketahui selama ini dan dapat menyaksikan sendiri tanda yang terdapat pada tubuh baginda yang disebut sebagai khatamun nubuwwah, pengakhir zaman kenabian.

Tanpa banyak bicara, Abdullah pun memeluk Islam tanpa sebarang ragu-ragu lagi di hadapan baginda kerana beliau meyakini bahawa bagindalah nabi akhir zaman yang disebut-sebutkan dalam kitab Taurat.

Selepas mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan baginda, Abdullah pun berkata:
 “Sesungguhnya kaum Yahudi adalah kaum yang suka mengada-adakan cerita. Kalaulah mereka tahu keislamanku sebelum kamu tanyakan mereka sudah tentu mereka kan menuduh yang bukan-bukan mengenai diriku kepada kamu.”

Lalu baginda pun mengutuskan wakil untuk menjemput kalangan para pemimpin dan pengikut kaum Yahudi supaya hadir menemui baginda.

Apabila mereka hadir dan berkumpul di hadapan baginda Rasulullah, pemimpin mereka Abdullah Salam pun masuk ke belakang, menyembunyikan diri.

Baginda pun menyampai seruan dakwah terhadap kaum Yahudi di hadapan baginda itu dengan meminta mereka mengakui keesaan Allah dan diri baginda sebagai pesuruh-NYA.
Namun usaha baginda itu, tidak mendapat sambutan sehinggalah baginda kemudiannya bertanya kepada mereka; “Baiklah kamu tidak dapat menerima seruan dakwah saya, tetapi siapakah lelaki di kalangan kamu yang bernama Abdullah bin Salam?”

Mereka pun menjawab; “Dia adalah pemimpin kami yang paling kami hormati, kerana dialah yang paling alim dan paling kuat beramal di kalangan kami. Dia juga yang terbaik.”

Dengan lain perkataan Abdullah Salam sering dipandang tinggi dan mulia di kalangan para pengikutnya dan pastinya apa pun perubahan yang berlaku pada Abdullah pasti akan diterima dengan baik.

Lalu baginda berkata lagi; “Apa pandangan kamu jika aku katakan bahawa pemimpin kamu itu, Abdullah bin Salam telah memeluk Islam?”

Lalu mereka menjawab berulang kali sambil bersorak: “Kami berlindung kepada Allah dari yang demikian!” Kami berlindung kepada Allah dari yang demikian! Kami berlindung kepada Allah dari yang demikian!”

Mendengarkan itu, lalu Abdullah pun keluar daripada persembunyiannya lalu berkata di hadapan para pengikutnya itu: “Aku bersaksikan bahawa tiada tuhan selain Allah dan aku juga bersaksikan bahawa Muhammad ini adalah pesuruh Allah!”

Lantas mereka pun menjawab dengan nada yang sungguh marah dan tidak puas hati:
 “Oh tidak! Abdullah adalah orang yang paling jahat di kalangan kami dan dia juga sebenarnya adalah anak orang yang paling jahat!”

Mereka pun terus menuduh yang bukan-bukan terhadap Abdullah namun Abdullah berkata:
 “Hai sekalian kaum Yahudi, bertakwalah kamu terhadap Allah. Demi Allah yang tiada tuhan selain-Nya dan kamu benar-benar tahu bahawa Muhammad ini adalah Rasulullah yang datangnya untuk membawa kebenaran kepada kita semua,”

Lalu mereka pun menjawab: “Kamu pembohong besar!”

Terbukti tidak sampai beberapa minit mereka terus berubah apabila berhadapan dengan perkara yang mengancam kepentingan mereka. Pemimpin yang mereka sanjung selama ini pun terus tidak lagi mendapat tempat di hati mereka apabila sudah tidak sealiran lagi, apatah lagi terus memeluk Islam.

Hayati Bacaan Dalam Duduk Antara Dua Sujud


 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes