Wednesday, July 04, 2012
Tuesday, July 03, 2012
Ingat 5 Perkara Sebelum 5 Perkara
Dari Ibnu Abbas, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara.
1. Masa sihat sebelum sakit.
2. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin).
3. Masa lapang sebelum tiba masa sibuk.
4. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan
5. Masa hidup sebelum tiba masa mati."
(riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).
Monday, July 02, 2012
Basahi Lidah Dengan Zikir
Daripada Abdullah bin Busr r.a., seorang lelaki bertanya:
"Wahai Rasulullah! Sesungguhnya syariat islam (perkara wajib dan sunat) terlalu banyak ke atasku, beritahulah kepadaku sesuatu yang dapat ku bergantung dengannya."
Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Hendaklah lidah kamu sentiasa dibasahi dengan zikir kepada Allah
(Riwayat al-Tirmizi)

Saturday, June 30, 2012
Pelajaran Dari Kematian Bagi Yang Masih Hidup
Anas Bin Malik menceritakan, Rasulullah SAW pernah berkhutbah kepada mereka ketika baginda berada di atas unta. Katanya:
"Wahai manusia, kita merasakan seolah-olah kematian itu hanya berlaku kepada orang lain, tetapi tidak kepada kita. Seolah-olah kebenaran itu hanya wajib dilakukan oleh orang lain. Kita menganggap perjalanan kita mengiringi jenazah itu seperti perjalanan yang singkat dan kemudian kembali semula. Kita membaringkan jenazah ini di dalam kubur, lalu kita menggunakan harta pusakanya,seolah-olah kita kekal selama-lamanya sepeningalannya. Kita lupa setiap pelajaran dan merasa seolah-olah harta itu tidak akan binasa.Beruntung orang yang mewakafkan hartanya, yang tidak diperoleh dengan jalan yang dilarang Allah. Bergaul dengan orang berilmu dan orang bijak, dekati orang fakir dan miskin. Beruntung orang yang tidak menghina dirinya, iaitu tidak sombong, baik akhlaknya, bagus perilakunya, mencegah manusia daripada melakukan kejahatan. Beruntung mereka yang mewakafkan lebihan hartanya, tidak banyak berbicara, menguasai sunnah dan tidak berminat dengan perkara-perkara bidaah.
Di rekodkan oleh al-Bazzar."
Sumber : Khutbah Rasulullah ( Wasiat Agung Buat Umat Tercinta) tulisan Rohidzir Rais
Thursday, June 28, 2012
Hayya Bil Jihad
Riwayat Abu Daud dr Tsauban, Rasulullah S.A.W bersabda:
"Hampir semua bangsa akan memperebutkan kalian, laksana penyantap yang memperebutkan makanan di sebuah mangkok yang besar. Ada yang bertanya,"Apakah kerana sedikitnya jumlah kami pada saat itu?"Baginda bersabda,"Bahkan kalian saat itu berjumlah banyak, tetapi kalian ibarat buih air bah & Allah akan mencabut rasa takut dari dada msuh kamu & mencampakkan wahn ke dalam hati kalian" Ada sahabat bertanya "Wahai Rasulullah, apakah wahn tu?" Baginda menjawab,"Cinta dunia & takut mati."
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah:
Rasulullah pernah ditanya, "Amalan apa yang paling utama?" Baginda menjawab "Beriman kepada Allah" kemudian? "Jihad dijalan Allah" lalu? Baginda menjawab "Haji Mabrur."
Dari Tarmidzi & Abu Daud:
"Sebaik-baik jihad adalah kata-kata yang menyeru kepada kebenaran di hadapan pemimpin yang zalim"
Daripada Abdullah bin Abu Aufa r.a , Rasulullah S.A.W bersabda:
" Syurga di bawah bayangan pedang. " (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Daripada Abu Musa al-Asy'ari, Rasulullah S.A.W bersabda:
" Sesiapa berjuang untuk menjadikan kalimah Allah sebagai kalimah yang tertinggi, maka dia berada di jalan Allah. " (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Daripada Said bin Zaid r.a , Rasulullah S.A.W bersabda:
" Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya, ia adalah syahid. Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan agamanya, ia adalah syahid. Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan darahnya, ia adalah syahid. Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, ia adalah syahid. "

( Riwayat al-Tirmizi dan al-Nasa'i )
Daripada Sahl bin Saad al-Sa'idi r.a , Rasulullah S.A.W bersabda:
" Sehari bersiap-siaga di jalan Allah lebih baik daripada dunia dan apa yang di atasnya. "
(Riwayat al-bukhari )
"Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka adalah mata yang berjaga bagi jihad di jalan Allah & mata yang menangis kerana takutkan Allah."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W:
"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikatpada hari mereka keluar dari kuburnya:
1. Orang-orang yang mati syahid
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam pada bulan Ramadhan
3. Orang yang berpuasa pada hari Arafah

Allah S.W.T berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 154 yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. "
Sama-sama lah kita ambil iktibar dan beramal dgn apa yg tlh disampaikan oleh Rasulullah S.A.W kpd umatnya sejak bekurun lg krn Baginda mahu semua umatnya memasuki syurga dan menegakkan syi'ar Islam walaupun dizalimi, dikeji oleh pemimpin-pemimpin yg zalim pd zaman kini.
Wallahu'alam.

Wednesday, July 04, 2012
MyHalaqah