Wednesday, October 10, 2012

53 Manfaat Berzikir

Assalamualaikum w.b.t. Dalam entri yang lepas-lepas, ada dituliskan tentang Keutamaan Berzikir. Dan telah kita ketahui berzikir mempunyai banyak manfaat berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Berikut di ringkaskan 53 manfaat berzikir untuk meningkatkan semangat agar terus berzikir. Berzikir mengusir dan menghancurkan syaitan.  Berzikir menyebabkan Allah redha kepada yang berzikir. Berzikir menghilangkan kerisauan hati. Berzikir mendatangkan rasa senang di dalam hati. Berzikir meningkatkan potensi hati dan badan. Berzikir menambah cahaya pada wajah dan hati. Berzikir mandatangkan rezeki. Berzikir menambah wibawa...

Tuesday, October 09, 2012

5 Cahaya Yang Menerangi 5 Kegelapan

1. DOSA adalah kegepalan dan TAUBAT adalah cahayanya.2. KUBUR adalah kegelapan dan SOLAT adalah cahayanya.3. MIZAN adalah kegelapan dan LA ILAHA ILALLAH adalah cahayanya.4. TITIAN SIRAT adalah kegelapan dan YAKIN adalah cahayanya.5. ALAM AKHIRAT adalah kegelapan dan AMAL SOLEH adalah cahayanya. ...

Kisah Peperangan Muktah

Gambar Hiasan KISAH PEPERANGAN MUKTAH Peperangan Muktah adalah peperangan penting dalam sejarah perkembangan Islam.  Peperangan ini berlaku pada awal tahun ke 8 Hijrah. Tentera Islam di barisi oleh 3000 orang pejuang manakala pihak musuh mempunyai kekuatan bala Tentera seramai 200,000 orang anggota (Yang di barisi oleh 100,000 dari Pasukan Rom dan 100,000 dari Arab Nasrani). Peperangan ini berlaku di Ma'rakah Muktah sebuah perkampungan berhampiran Syam (Sekarang Syria), daerah itu sekarang ini dikenali sebagai Kurk.    Peperangan ini berpunca dari kematian Harith bin Umair Al Azli yang merupakan utusan Rasulullah...

Monday, October 08, 2012

Doa Memohon Di Kembalikan Barang Yang Hilang

Doa ini diajarkan oleh Tuan Guru Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki hafizahullah semasa pengajian kilat kitab Bustanul Arifin di Alor Setar Kedah. Berkaitan doa ini, pengarang kitab Bustanul Arifin (iaitu Imam Nawawi): Sebenarnya doa ini telah saya cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mendapatkan barang yang hilang dengan tidak lama mencarinya. Dan saya juga telah mendengar dariapda Syeikh al-Hafizh Abu Baqa' seperti perkataan ini dan beliau yang mengajarkannya kepadaku sejak dahulu lagi. Penterjemah kitab ini, iaitu Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam sendiri mengakui bahawa insya Allah doa...

Kelebihan Ayatul Kursi

Maksud Ayat: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan...

Keutamaan Zikir

Daripada Imam Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah Yang Maha Suci dan Luhur itu mempunyai malaikat yang berkeliling dan utama sifatnya. Mereka itu mencari majlis-majlis zikir (pengajian atau hal-hal keagamaan). Apabila mereka menemukan suatu majlis di dalamnya berisi zikir, lalu mereka pun duduklah beserta hadirin yang ada di situ. Mereka berbaris antara yang sebahagian dengan lainnya dengan merapikan letak sayapnya sehingga memenuhi tempat-tempat yang ada di antara mereka dengan langit." Rasulullah SAW melanjutkan sabdanya: "Allah 'Azza wa Jalla lalu bertanya dan Dia adalah lebih...

Saturday, October 06, 2012

Seksa Meninggalkan Solat: 3 Seksaan Semasa Bertemu Allah

Semasa bertemu Allah di hari kiamat. Orang yang lalai dan meninggalkan solat akan dikenakan balasan-balasan berikut: 3 Balasan ketika bertemu Allah SWT 1. Pada hari kiamat, dia akan dibelenggu oleh Malaikat 2. Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan. 3. Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosanya, dan orang-orang yang meninggalkan solat akan diazab di dalam neraka dengan azab seksaan yang amat pedih dan kera...

Seksa Meninggalkan Solat: 3 Seksaan Dalam Kubur

Alam kubur adalah alam yang menakutkan. Apa yang dibayangkan dengan jerit pekik Malaikat Mungkar dan Nakir, apatah lagi jika kita lalai dan meninggalkan solat. Nauzubillah. Berikut adalah seksaan bagi golongan yang meninggalkan solat semasa di alam kubur. 1. Allah akan menyempitkan kuburnya sesempit-sempitnya sehingga bertemu tulang. 2. Allah akan mengelapkan kuburnya segelap-gelapnya. 3. Allah akan menyiksanya sehingga hari kiamat. Nauzubillah. " Ya Allah, Kami berlindung pada mu dari azab dan seksaan kub...

Seksa Meninggalkan Solat: 3 Seksaan Semasa Sakaratul Maut

 Gambar Hiasan Seperti dalam post yang lepas tentang balasan orang meninggalkan solat ketika di dunia, dan tentang jenayah yang paling berat di dunia. Kali ini kita singkap pula balasan bagi orang yang meninggalkan solat ketika menghadapi saat-saat peralihan dari alam dunia kepada alam barzakh, yang disebut sebagai Sakaratul Maut. 3 Seksaan ketika menghadapi Mati (Sakaratul Maut) 1. Mati dalam keadaan yang sangat hina 2. Mati dalam keadaan sangat lapar 3. Mati dalam keadaan yang amat mendahagakan walaupun telah diberikan banyak minum...

Seksa Meninggalkan Solat: 6 Balasan Di Dunia

Sembahyang adalah tiang agama,barangsiapa yang mendirikannya maka sesungguhnya dia telah menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya maka dia telah meruntuhkannya. 6 Seksa di Dunia 1. Allah mengurangkan berkat umurnya 2. Allah tidak permudahkan rezekinya di dunia. 3. Allah menghilangkan tanda dan cahaya soleh dari raut wajahnya. 4. Dia tidak akan mendapat tempat di dalam Islam. 5. Amal kebajikan yang dilakukannya tidak mendapat pahala. 6. Allah tidak akan menerima doanya. ...

Friday, October 05, 2012

Kebenaran Azab Kubur Berdasarkan Al-Quran dan Hadis

Alam BarzakhBarzakh bermaksud rintangan atau pemisahan. Alam barzakh ialah alam pertama daripada alam yang kekal abadi di akhirat. Semua orang yang berada di dalam kubur dinamakan hidup di alam barzakh.Alam ini berada di antara mati dan bangkit daripada mati. Apabila berada di dalam kubur, kita akan disoal oleh dua malaikat yang bernama Munkar dan Nakir mengenai amalan yang dilakukan semasa hidup di dunia.Barzakh dari sudut istilah pula ialah pendinding (hijab) yang terdapat di antara orang mati dan orang hidup. Pendinding inilah yang menghalang orang mati kembali ke dunia. Barzakh (pendinding) ini akan kekal sehingga hari Kiamat....

Tuesday, October 02, 2012

Saat-Saat Rasulullah Menghadapi Sakaratul Maut

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah,   "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."   Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes